BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 29 May 2013

Yang paling jauh bukannya bintang,
bukan juga mentari...
dan bukan juga rembulan..,
tapi adalah masa yang berlalu dan tak akan kembali....
Semalam yg luput menjadi secangkir kenangan...
Kelmarin yang terluput mengukir sesalan..
Yang ada hanya hari ini dan akan datang....
Gunakan hari ini sebaik mungkin kerna 
semalam telah pergi buat selamanya....
dan esok belum pasti milik kita~

sungguh indah tiap bait2 kata yang dicoretkan oleh Imam Syafie..

Ya..sememangnya sesuatu yang paling jauh dengan kita adalah masa lalu...
ia tidak dapat diulang lagi,kerana ia adalah satu kenangan...

Masa lalu ku,terlalu banyak mengajar aku erti hidup...
hakikat sebuah kehidupan sebenar...
masa lalu banyak mengajar diri ini menjadi lebih tabah dalam mengharungi
hari2 yang bakal mendatang..

masa lalu telah pergi meninggalkan diri ini sejauh jauhnya....
masa depan pula sedang menanti~

hari esok,adalah sesuatu yg belum pasti...
tidak dapat mengagak apa yang bakal terjadi~

masa lalu....sesungguhnya,aku terlalu merindui segala kenangan2 itu....

~Bukan mudah untuk aku melangkah dijalan yang suram itu...
seringkali air mata menjadi peneman perjalanan ku...
berbekalkan kekuatan dri Yang Maha Esa,aku teruskan langkah kaki ini~
aku yang masih mencari.....


Sunday 26 May 2013

Pabila saya melihat awan di atas sana,
saya melihat kebesaran Yang Maha Berkuasa..
dan saya mula sedar..sedar akan sayangNYA terhadap awak menyebabkan awak diambil 
terlebih dahulu dari kami semua....

seandainya awak masih ada,ingin saya luahkan....

awak...kini saya sudah semakin dewasa....
dewasa dari segi fizikal dan mental..
semakin hari,ujian dan dugaan yang mendatang semakin hebat...
saya perlu kuat..kuat dalam mengharungi segalanya....




Saturday 18 May 2013

aku bukan seperti mereka.....

Assalamualaikum w.b.t....hari nie,terasa rindu mahu mengupdate blog yang dah lame ditinggalkan..
3 hari ni,ALLAH menguji diri ini dengan nikmat sakit...
Alhamdulillah,ALLAH masih sudi mahu menguji mira...

em.....tiba2 hati terdetik mahu berkongsi sesuatu...
tentang "solehah"...

satu kata2 yang dicipta khas untuk diri sendiri...
tentang aku..khas untuk bakal imamku suatu masa 6t...

buat kamu...


YA ALLAH,seandainya insan solehah yang didambakanya,itu bukan aku….Ya…,andai insan solehah yang diidamkan,itu bukan saya..kerana saya hanyalah insan biasa yang tidak punya apa2….saya hanyalah insan biasa yang sedang bertatih…saya hanyalah insan biasa yang hanya sedang mencari kekuatan untuk bangkit dan terus bangkit pabila saya jatuh,rebah..



seandainya insan solehah yang kamu dambakan,itu bukan saya…kerana saya tidak sesolehah insan lain,saya tidak punya ciri2 wanita yang diidamkan oleh kaum adam..saya akui,saya bukan yang terbaik,namun,saya cuba untuk menjadi yg paling ikhlas….. saya adalah insan yang sedang belajar untuk menjadi solehah...
saya adalah insan yang mempunyai 1001 kekurangan...

Ketahuilah...
Langkah kaki ku tidak selembut mereka…kata2 ku tidak sebaik mereka…ilmu ku tidak setinggi mereka....aku bukan insan solehah,namun aku insan yang mengharapkan suatu masa ada yg sudi menerima diri ini dengan segala kekurangan yang aku miliki,yang sudi untuk mendidik diri ini…
aku tidak pernah mengharapkan insan sempurna,namun cukuplah insan yang dapat menjadi pelengkap segala kekurangan diri ini...yang ikhlas menerima,yang mampu memimpin tangan ini ke jannah suatu masa 6t....

aku adalah insan yang masih bertatih..yang masih mencari redha Illahi..
aku adalah insan biasa yang tidak punya apa2....