Yang paling jauh bukannya bintang,
bukan juga mentari...
dan bukan juga rembulan..,
tapi adalah masa yang berlalu dan tak akan kembali....
Semalam yg luput menjadi secangkir kenangan...
Kelmarin yang terluput mengukir sesalan..
Yang ada hanya hari ini dan akan datang....
Gunakan hari ini sebaik mungkin kerna
semalam telah pergi buat selamanya....
dan esok belum pasti milik kita~
sungguh indah tiap bait2 kata yang dicoretkan oleh Imam Syafie..
Ya..sememangnya sesuatu yang paling jauh dengan kita adalah masa lalu...
ia tidak dapat diulang lagi,kerana ia adalah satu kenangan...
Masa lalu ku,terlalu banyak mengajar aku erti hidup...
hakikat sebuah kehidupan sebenar...
masa lalu banyak mengajar diri ini menjadi lebih tabah dalam mengharungi
hari2 yang bakal mendatang..
masa lalu telah pergi meninggalkan diri ini sejauh jauhnya....
masa depan pula sedang menanti~
hari esok,adalah sesuatu yg belum pasti...
tidak dapat mengagak apa yang bakal terjadi~
masa lalu....sesungguhnya,aku terlalu merindui segala kenangan2 itu....
~Bukan mudah untuk aku melangkah dijalan yang suram itu...
seringkali air mata menjadi peneman perjalanan ku...
berbekalkan kekuatan dri Yang Maha Esa,aku teruskan langkah kaki ini~
aku yang masih mencari.....
Wednesday, 29 May 2013
Posted by ..aKU yaNG maSIh MEncari.. at 06:55 0 comments
Sunday, 26 May 2013
Pabila saya melihat awan di atas sana,
saya melihat kebesaran Yang Maha Berkuasa..
dan saya mula sedar..sedar akan sayangNYA terhadap awak menyebabkan awak diambil
terlebih dahulu dari kami semua....
seandainya awak masih ada,ingin saya luahkan....
awak...kini saya sudah semakin dewasa....
dewasa dari segi fizikal dan mental..
semakin hari,ujian dan dugaan yang mendatang semakin hebat...
saya perlu kuat..kuat dalam mengharungi segalanya....
Posted by ..aKU yaNG maSIh MEncari.. at 03:35 0 comments
Saturday, 18 May 2013
aku bukan seperti mereka.....
Assalamualaikum w.b.t....hari nie,terasa rindu mahu mengupdate blog yang dah lame ditinggalkan..
3 hari ni,ALLAH menguji diri ini dengan nikmat sakit...
Alhamdulillah,ALLAH masih sudi mahu menguji mira...
em.....tiba2 hati terdetik mahu berkongsi sesuatu...
tentang "solehah"...
satu kata2 yang dicipta khas untuk diri sendiri...
tentang aku..khas untuk bakal imamku suatu masa 6t...
buat kamu...
Posted by ..aKU yaNG maSIh MEncari.. at 06:39 0 comments


kala gerimis~
ilham drpda apa yg pnh aku alami..apa yang prnh aku rasai
Anak sulung yang merupakan harapan ayah dan bonda yang masih melanjutkan pelajaran..yang masih mencri sesuatu utk semakin mengenal apa itu cinta hakiki..cnta pd yg ESA..bukan seorg yg hebat dalam meniti hari2 kehidupan..tapi aku insan yang sedang bermujahadah..mengharapkan sokongan sahabat dalam meneruskan perjuangan..secebis coretan yang akan dilakarkan ini,mengharap akan mdpt keredhaan Illahi..
aku yang masih mencari,
nuramira




