kata-kata yang begitu bermakna buatmu,mawar berduri...
wahai adam..,sebenarnya bagimu,apakah ciri2 wanita yang cantik..
kerana aku seorang hawa,inginkan kesempurnaan...
kerana aku seorang hawa yang tidak sehebat mereka diluar sana...
wahai hawa...dengarlah...
wanita yang cantik itu adalah seorang wanita yang sentiasa melukis kekuatan melalui masalahnya...
wanita yang cantik itu adalah yang tersenyum damai disaat kegelisahan...
wanita itu adalah wanita yang tabah saat dihina bukannya yang melemparkan kembali hinaan itu...
wanita yang cantik itu adalah wanita yang mempersona kerana kemaafannya...
Dia mengasihi tanpa balasan..
Dan dia bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi..
hawaku...
bila tubuhmu lesu tidak bermaya,ALLAH tahu bertapa kamu telah cuba sedaya upaya...
bila tangismu berpanjangan & hatimu kedukaan..,ALLAH telah mengira tiap titis air matamu...
wahai adam mengapa hawa sering dipermainkan?
mengapa air mata hawa terlalu mudah mengalir?
wahai hawa...
usah kau resah..
mengertilah....di suatu masa nanti,ada seorang insan yang akan membahagiakanmu...
melengkapkan tulang rusuknya yang hilang..
membuatmu tertawa disaat kedukaan...
menjadikanmu permaisuri hatinya..
memimpinmu ke jannahNYA...
wahai adam...siapakah insan itu..?
wahai mawar..dialah insan yang tulus menyayangimu kerana ALLAH...
dialah pelengkap segala kekuranganmu..
dialah insan yang akan menerima dirimu seadanya,bukan lah yang hanya tahu menyebut2 akan kelemahanmu,,
dialah insan yang akan menyapu segala sisa2 air matamu..
adam..aku seorang hawa..seorang yang diciptakan lembut hatinya...
janganlah kau mempermainkan hati seorang insan yang bergelar hawa
kerana sekali dia terluka,luka itu akan kekal di sudut hatinya..
sekali dia menanggis,tangisan itu tidak akan pernah dilupainya...
adam...seandainya kau mahu menyetuh hati kecil hawa ini...,
jadikan lah hawa ini halal bagimu....
usah kau permainkan
sayangi,lindungilah hawamu..
hentikan tangisannya..
aku..seorang hawa,akan sentiasa menanti adamku...
untuk sama2 ke sana...
YA ALLAH,jadikan aku hawa yang sempurna untuk adamku..
aku yang masih mencari,nuramira~

kala gerimis~
ilham drpda apa yg pnh aku alami..apa yang prnh aku rasai
Anak sulung yang merupakan harapan ayah dan bonda yang masih melanjutkan pelajaran..yang masih mencri sesuatu utk semakin mengenal apa itu cinta hakiki..cnta pd yg ESA..bukan seorg yg hebat dalam meniti hari2 kehidupan..tapi aku insan yang sedang bermujahadah..mengharapkan sokongan sahabat dalam meneruskan perjuangan..secebis coretan yang akan dilakarkan ini,mengharap akan mdpt keredhaan Illahi..
aku yang masih mencari,
nuramira





0 comments:
Post a Comment